Tuesday, June 25, 2013

Nasi Ayam Hainan Selatan

Masakan yang dibawa ke negara kita Malaysia oleh kumpulan etnik dari Pulau Hainan yang sememangnya tidak dapat dinafikan atau dipertikaikan akan kelazatan, keenakkan serta yang beraroma wangi kini dipasarkan oleh anak watan tempatan kita. Perbezaan di antara Nasi Ayam Asli Hainan Selatan yang juga dikenali oleh penduduk tempatan dengan ‘Nasi Ayam Hainan’ adalah seperti berikut :-

                        1.         Nasi Ayam Asli Hainan Selatan direbus sepenuhnya.
2.         Menggunakan AYAM KAMPUNG bukan  ayam daging putih
            tempatan yang biasa.
3.         Menggunakan beras yang di Import  yang akan memberi
            satu aroma yang melazatkan.

                                                              SEJARAH KAMI                                                                     
Nasi Ayam Asli Hainan Selatan bermula sejak tahun 1930  di mana nenek saya telah membuka sebuah Kedai Kopi  Hainan iaitu  RESTORAN TONG HAI di Jalan Besar,Port Dickson,  Negeri Sembilan.
Tong Hai dalam bahasa  mandarin bermaksud   Laut Barat. Ia juga dikenali dengan  Kopi Hainan dan Roti bakar Hainan yang  sedap.
 
Boiler untuk masak Air dan Bakar Roti.
Di dorong untuk berpindah dari Pulau Hainan demi mencari kekayaan  dan kemakmuran di luar Negara, membawa nenek dan beberapa orang pakcik saya berkerja keras melalui   masa yang rumit  sehingga Jepun menyerang  Tanah Melayu  di mana kami terpaksa  menutup perniagaannya semasa  Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun menyerah diri, Tong Hai dibuka semula dan terus beroperasi sehingga saya dilahirkan.
 
Mendiang Ayah masa Bujang di kaunter kedai.
Hari Besar bagi Ibu-bapa saya....1957
Kemudian Nenek jualkan restoran kerana 3 adik beradik (bapa dan bapa saudara saya) tidak   dapat mencapai persetujuan atas pengurusan restaurant..tetapi syukur  kepada Nenek. resipi untuk SOUTH HAINAN CHICKEN RICE   telah  diturunkan kepada ayah dan SEKARANG SAYA ...
Perniagaan Sekeluarga dan sebahagian Staf...1958
** Emak saya (duduk pertama dari kiri) mendukung abang saya yang masih beberapa bulan.Saya pun belum di lahir.......
….... RASAILAH …... PERBEZAAN …….. RESIPI 3 generasi .